Sunday, April 4, 2010

resepi burger sodap!





kebanyakan dari kita di dalam ni, ada yang terdiri dari penjual burger atau yang berminat nak membuat burger.. benda yang paling penjual burger titikberatkan selalunya ada 2 je :

1)burger yang sedap serta murah
2)lokasi yang sesuai

pasal lokasi yang sesuai, rasanya tak perlu kita bincangkan..sebab selalunya penjual burger atau orang yang berminat nak jual burger ni, diorang dah pilih lokasi yang sesuai dah.. kat sini saya berminat nak kongsi RESIPI BURGER SEDAP dengan anda semua. 


antara ramuannya :


1) daging burger tu mestilah tebal. sebabnya pelanggan suka makan benda yang boleh puaskan dia.selalunya burger ramly la..
cara nak masak atau goreng burger ni pula sebenarnya ada rahsia tersendiri..

kalau nak tahu, semua daging burger dah memang ada minyak dalam daging tu. jadi, kita tak payahla nak letak minyak atau planta banyak-banyak masa menggoreng burger tu. letak sikit je sebab kita taknak daging burger tuh melekat dekat kuali kita tu.
ha, semasa proses menggoreng daging burger ni, kita penjual burger atau yang menengok penjual burger mesti rasa geram je kat daging tuh. disebabkan kita geram kat daging tuh, kita punyalah dok tekan - tekan daging tu sampai penyek! ha, benda ni harus diubah.. sebagai penjual burger, kita kena buat burger yang sedap! jadi daging burger tuh kita jangan tekan.kita biar je dia digoreng dengan api yang kecil. lepas tu kita balik - balikkan daging tu sehingga masak.

ada juga penjual burger yang suka hiris separuh daging tu. itu terpulangla pada anda.boleh je nak potong daging tu bagi cepat masak.tapi jangan tekan2 daging tu. kenapa? bila ditekan, nanti jus-jus dalam daging tu akan meresap keluar. nanti bila dimakan, dah tak berapa nak rasa daging tu.

nak bagi sedap lagi daging tu, kita boleh campurkan SEDIKIT serbuk kari...ingat..sikit je..jangan banyak2..nanti jadi masin..


2) pasal menggoreng daging dah siap...pasal roti burger, rasanya penjual burger dah tahu roti apa yang bagus. cara nak menggoreng roti, ada penjual burger yang tekan roti tu dan ada yang tidak..sebenarnya kalau nak tekan tu boleh,..tujuan kita tekan tuh sebab nak buang angin2 yang ada dalam roti tu. tapi jangan tekan roti tu sampai penyek plak..cukup ala kadar je,. nak bagi roti tu lagi sedap, kita terbalik terbalik kan roti tu..


3)penjual burger suka tarik perhatian pelanggan dengan mayonis,sos BBQ dan yang seerti dengannya.. selalunya benda2 ni melibatkan kos yang agak tinggi jugak..jadi cuba anda letak wedges...arrrrr kita letak cheese yang macam cheezy wedges tuh 



nampak?dahla harga murah, kita juga ada perasa yang sedap serta istimewa.. orang lain kalau nak cheese ni, kena pergi kfc je.. tapi dengan resipi dari thread tuh, kita dah boleh jimatkan kos dan memberi pelanggan rasa cheese yang sedap! 

4)kita suka letak bawang,timun dan kubis dalam burger kita.maklumlah, benda dah turun temurun..elow, apa kata sekarang ni kita tukar benda2 tuh semua? biar ada kelainan sikit pada burger kita tuh..macam mana? arrrrrrrrr tengok ni :

i)bawang = sebelum kita bawak ke kedai kita, apa kata kita hiris bawang tuh besau2..dan kita goreng bawang tu kat umah kita..tapi jangan goreng garing sangat..goreng ala kadar je. pastikan minyak tu sikit je..lagi bagus satu sudu minyak untuk 10bijik bawang holland.yela, tak nak bagi bawang tuh melekat kat kuali mak kita. kang membebel pulak orang tua tuh.  apa tujuan goreng bawang ni? sebabnya, bila kita goreng akan menyebabkan kuman tu mati sikit dan bahan kimia berkurang..bawang tuh jangan lupa basuh dulu baru goreng!

ii)timun = ala...timun apa barang beb? kalau timun kita beli tuh pahit macam mana? arrr...kita tukarkan timun dengan nenas muda...nenas ni, kita hiris dia nipis2 macam kita hiris timun ni..lagi marbeles rasa dia u..  kalau ada modal lebih sikit, kita letak la epal ke..lagi sedap! epal tu plak kita hiris sama je macam nenas..


kesimpulannya, ini adalah resipi dari saya yang diolah bersama kawan saya.. di kuala lumpur, dia boleh menghabiskan 2 atau 3 beg pada malam biasa..kalau malam luar biasa iaitu malam cuti, burger dia terjual hingga 8beg untuk satu malam! walaupun dia ada banyak pesaing, tetapi dengan resipi yang sebegini rasanya ia lebih membuatkan pelanggan tertarik untuk menjadi pelanggan tetap kita..

harga cadangan? saya cadangkan burger anda dijual antara rm2-rm2.50... mahal? alah...mahal tapi sedap beb...mana ada orang jual burger siap ada cheezy, epal dan nenas dalam burger diorang tuh,.. anda je yang jual. 






1 comment:

  1. Casino Review | Honest Review by Casino Guru
    The overall experience of the Casino Review is 바카라 very bet365실시간배당흐름 good. Overall, the overall 뉴 포커 디펜스 experience bet365 배당 is excellent and 온라인바카라 the welcome bonus is outstanding. Casino Game Selection

    ReplyDelete