Saturday, September 3, 2011

Cara Lebih cepat nak dapat lesen Sebagai Real Estate Agent




Terlebih dahulu, secara ringkas saya terangkan camne nak dapat lesen bagi org2 kebanyakan macam kita nih:

1. Ambik Exam Part 1
- ada 6 paper
- fail satu paper repeat next year
- mesti complete dlm tempoh 3 tahun dari mendaftar
- Yuran RM50 daftar & RM50 utk setiap paper
2. Lulus semua Part 1, ambik Part 2 pulak
- sama cam part 1 diatas
3. Lulus kedua2nya, boleh daftar di lembaga, pastu masuk mana2 agensi sebagai negotiator.
4. Praktik Jual beli dan tulis log book selama 2 tahun
5. Ambik Test Test for Professional Copetency (TPC)
6. Interview dgn Board
7. LULUS bole hdapat Lesen & tubuhkan agensi sendiri insyaAllah
 

Lepas kami congak2, ambik kira kalau ada repeat paper dll, boleh la dapat lesen lepas 5-6 tahun.

Detail:
 
http://www.lppeh.gov.my/faq.html



BERITA BAIK: Kami jumpa CARA yang lebih pantas: Masuk Kelas dengan INSPEN seperti berikut:

1. Register dengan INSPEN untuk kelas yang akan start Bulan Oktober ni yuran RM8,700, boleh buat bayaran ansuran 4 kali (setiap semester)Tarikh tutp daftar 31 August 2011
2. Kelas akan di buat pada hari sabtu sahaja, mula 8pg hingga 9mlm
3. Kehadiran wajib 90%, so boleh la cuti kalau ada Kenduri dll
4. Ada assingment carry markah 60%, nak lulus cuma perlu 40%
5. Balance 40% daripada exam, nak lulus cuma 20%
6. Kalau ada fail, ada repeate paper (x perlu tunggu setahun)
7. Tempoh cuma 14 Bulan + 3 bulan jadi negotiator kat agensi, kalau mmg dah jadi negotiator, boleh ambik pengecualian.
8. kalau lulus, terus dapat sijil daripada INSPEN (Certificate in Estate Agent CEA) dan boleh ambik pengecualian EXAM PART 1&2 seperti saya terangkan di atas, dan boleh sambung TPC dan buat log book 2 tahun.

Lepas di congak2 insyaAllah boleh la dapat lesen sendiri dalam 3 tahun setengah, insyaAllah.

Untuk Maklumat Lanjut, boleh refer sini:

 http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/w...demik/PCEA.pdf
Call En Yusri tu direct, dia sangat menggalakkan orang Melayu kita masuk!

Saturday, August 20, 2011

Adab/Doa sembelih Binatang

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdullillah...



Adapun kedua tangan dan kaki hewan kurban sebaiknya dibiarkan lepas dan tidak ditahan, sebab yang demikian itu lebih menyenangkannya dan lebih bagus dalam mengeluarkan darah dari jasadnya, karena darah akan keluar bersama gerakan, maka ini tentunya lebih utama.

Kemudian tatkala menyembelih, dia membaca:

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَلَكَ، اَللَّهُمَّ هَذِهِ عَنِّي وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِ

BISMILLAHI WALLAHU AKBAR, ALLAHUMMA HADZA MINKA WA LAKA, HADZIHI ‘ANNY WA ‘AN AHLI BAITI

“Dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah! (hewan) ini darimu dan untukmu. Ya Allah! ini adalah sembelihanku dan keluargaku”

Adapun yang selain kurban, dia melakukan padanya yang demikian ini tetapi dia mengucapkan sebelum menyembelih:

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ

BISMILLAHI WALLAHU AKBAR

“Dengan nama Allah dan Allah maha besar.”

Saturday, August 13, 2011

Law of Attraction, Rahsia Seorang Jutawan

Satu hari semasa saya sedang menunggu bas, saya didatangi oleh seorang lelaki separuh umur yang berpakaian kemas. Beliau bertanyakan arah tetapi saya tidak tahu dengan pasti lokasinya.


Kami berbual mesra seolah-olah seperti kawan lama. Kami bercerita tentang hal ehwal semasa sehinggalah kepada bisnes. Pada satu ketika beliau berhenti bercerita dan dengan nada serius beliau ingin mendedahkan satu rahsia yang jarang diketahui orang. Beliau memberitahu bahawa, ramai orang yang telah mendengarnya tetapi hampir semuanya tidak mengambil perhatian, walaupun ianya boleh mendatangkan kekayaan kepada sesiapa yang menggunakannya.
Telinga saya mula bergetar mendengar setiap apa yang beliau katakan. Beliau seolah-olah perasan saya begitu taksub sehingga beliau memberi amaran seperti seorang yang sedang marah. Saya cuba mengingati setiap perbualan kami sebaik yang boleh.


Jutawan: Jangan buat kesalahan besar dengan melupakan apa yang ingin saya beritahu, walaupun anda pernah mendengarnya sebelum ini. Saya pasti anda tentu pernah mendengarnya daripada seseornag paling kurang sekali dalam hidup anda. Mungkin juga anda pernah mendengarnya beberapa kali. Rahsia dalaman ini, jika digunakan dalam bisnes akan menyebabkan wang mengalir ke dalam hidup anda seperti air yang turun dari gunung tanpa henti.
Sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau pelajaran boleh menggunakannya. Dan prinsip ini jika digunakan dalam perhubungan, anda akan mempunyai ramai kawan sehingga tidak terlayan.


Saya: Apa rahsianya itu, saya tidak sabar hendak tahu!
Jutawan: Sabar sahabat, sabar. Saya tidak akan beritahu anda seperti mana yang pernah anda dengar sebelum ini daripada seseorang yang tidak faham atau menghormati ilmu. Tidak! Saya anda berikan kepada anda dengan satu cara yang lain. Apa bisnes anda sekarang?


Saya: Hmm!! Saya buat urusniaga pos dan internet. Saya menempah iklan dan menjual buku.


Jutawan: Ok, cukup menarik! Gaya Pos memang perniagaan yang unik. Biar saya beritahu anda bagaimana untuk menjana kekayaan dalam gayapos. Apa yang mesti anda buat ialah mencipta satu produk yang anda sendiri hendak beli.


Saya: Hmm!! Saya tidak faham maksud anda!


Jutawan: Anda akan faham nanti. Cuba lihat, anda adalah pasaran anda. Apa yang anda mahukan, berjuta lagi orang lain juga mahukan benda yang sama. Produk terlaris yang sedang anda cari, juga adalah produk sama yang sedang dicari-cari oleh orang lain juga sekarang ini.
Apa yang perlu anda lakukan ialah mencipta satu produk yang anda sendiri hendak beli, satu produk yang anda sendiri mahukan.
Dan apabila anda sudah mendapat produk itu, tanya soalan ini pulak. Apakah mesej jualan yang ingin anda berikan supaya anda tahu ianya adalah produk yang sedang anda cari. Jika orang lain sedang menjual produk ini, bagaimanakah iklan tersebut berbunyi supaya anda akan membelinya. Jika anda tahu jawapannya, itulah iklan yang perlu anda gunakan.


Saya: Oh, begitu (teragak-agak)


Jutawan: Cuba lihat kedai di depan sana. Restoran. Saya boleh gandakan pendapatannya 3 kali gandaa dalam masa 10 minit. Itu pun yang sebenarnya saya lakukan (tersenyum).
Apa yang saya perlu lakukan ialah masuk ke dalam restoran tersebut sebagai pelanggan. Saya duduk dan bayangkan semua perkara yang boleh dilakukan ke atas saya yang akan menyebabkan saya menjadi pelanggan setia mereka seumur hidup. Apa yang boleh mereka lakukan kepada saya yang menyebabkan saya rasa seperti itu. Selepas saya mendapat jawapan kepada soalan tersebut, saya akan lakukan kepada semua pengurusan. Setiap pelanggan akan dilayan seperti apa yang saya bayangkan. Tanpa keraguan, keuntungan mereka pasti akan meningkat tiga kali ganda daripada sekarang.


Saya: Saya rasa saya tahu...!!


Jutawan: Tunggu, anda belum tahu apa-apa pun lagi. Itulah masalah yang terjadi kepada semua orang. Mereka tidak mengambil kisah tentang sesuatu oleh sebab dari mana ianya datang atau mereka sudah mendengarnya beberapa kali.
Anda tidak akan tahu selagi anda belum fikirkan secara mendalam dan gunakan.


Saya: Ok!


Jutawan: Apa yang saya beritahu anda mempunyai satu kuasa yang tidak mampu anda bayangkan. Walau sepotong ayat juga tidak mampu untuk menghuraikannya. Apa yang saya beritahu anda adalah peraturan, bukan peraturan manusia tetapi yang Maha Kuasa.


Ianya menunjukkan bagaimana sesuatu berfungsi dan sesiapa yang faham dengan sebenarnya akan berjaya dalam apa jua bidang sekalipun. Apa yang orang tidak faham ialah ianya boleh digunakan untuk semua perkara. Rahsia ini boleh digunakan dalam setiap langkah yang anda ambil, semua perkara yang anda lakukan dan setiap perkataan yang anda ucapkan.


Jika anda seorang penulis, tulis seperti yang anda hendak ianya dituliskan!!
Jika anda seorang jurujual, jual seperti mana yang anda hendak ianya dijualkan!!
Jika anda seorang penceramah, berucap seperti mana yang anda hendak ianya diucapkan!!
Jika anda mahukan lebih kasih sayang, sayangi seseorang seperti mana anda hendak disayangi!!
Jika anda mahukan lebih ramai kawan, jadilah sahabat seperti mana yang anda mahukan!!
Jika anda seragamkan semua yang anda lakukan dengan rahsia ini, sesuatu yang ajaib akan berlaku. Bisnes mendominasi pasaran, buku menjadi laris (best-seller), pemimpin menarik lebih ramai pengikut setia.


Bagaimanakah yang anda mahukan?
Apakah reaksi anda?
Apakah yang anda rasakan?
Itulah soalan-soalan yang perlu anda tanya setiap kali anda mahu melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu. Anda akan menyelami hati dan perasaan seseorang di bawah pengaruh anda, apabila anda fikirkan bagaimana jika ianya berlaku kepada diri anda terlebih dahulu.


Walaupun bisnes gayapos saya masih terdapat kekurangan, tetapi saya masih menjana wang yang agak lumayan. Rahsia dalaman inilah jawapannya. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, bagaimanakah saya ingin dilayan oleh syarikat ini? Apakah yang ingin saya lihat? Apa yang saya mahukan? Soalan-soalan mudah itu adalah tugas anda untuk menjawabnya. Apabila anda sudah mendapat jawapannya, cuba lakukan dan lihat hasilnya.