Saturday, September 3, 2011

Cara Lebih cepat nak dapat lesen Sebagai Real Estate Agent




Terlebih dahulu, secara ringkas saya terangkan camne nak dapat lesen bagi org2 kebanyakan macam kita nih:

1. Ambik Exam Part 1
- ada 6 paper
- fail satu paper repeat next year
- mesti complete dlm tempoh 3 tahun dari mendaftar
- Yuran RM50 daftar & RM50 utk setiap paper
2. Lulus semua Part 1, ambik Part 2 pulak
- sama cam part 1 diatas
3. Lulus kedua2nya, boleh daftar di lembaga, pastu masuk mana2 agensi sebagai negotiator.
4. Praktik Jual beli dan tulis log book selama 2 tahun
5. Ambik Test Test for Professional Copetency (TPC)
6. Interview dgn Board
7. LULUS bole hdapat Lesen & tubuhkan agensi sendiri insyaAllah
 

Lepas kami congak2, ambik kira kalau ada repeat paper dll, boleh la dapat lesen lepas 5-6 tahun.

Detail:
 
http://www.lppeh.gov.my/faq.html



BERITA BAIK: Kami jumpa CARA yang lebih pantas: Masuk Kelas dengan INSPEN seperti berikut:

1. Register dengan INSPEN untuk kelas yang akan start Bulan Oktober ni yuran RM8,700, boleh buat bayaran ansuran 4 kali (setiap semester)Tarikh tutp daftar 31 August 2011
2. Kelas akan di buat pada hari sabtu sahaja, mula 8pg hingga 9mlm
3. Kehadiran wajib 90%, so boleh la cuti kalau ada Kenduri dll
4. Ada assingment carry markah 60%, nak lulus cuma perlu 40%
5. Balance 40% daripada exam, nak lulus cuma 20%
6. Kalau ada fail, ada repeate paper (x perlu tunggu setahun)
7. Tempoh cuma 14 Bulan + 3 bulan jadi negotiator kat agensi, kalau mmg dah jadi negotiator, boleh ambik pengecualian.
8. kalau lulus, terus dapat sijil daripada INSPEN (Certificate in Estate Agent CEA) dan boleh ambik pengecualian EXAM PART 1&2 seperti saya terangkan di atas, dan boleh sambung TPC dan buat log book 2 tahun.

Lepas di congak2 insyaAllah boleh la dapat lesen sendiri dalam 3 tahun setengah, insyaAllah.

Untuk Maklumat Lanjut, boleh refer sini:

 http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/w...demik/PCEA.pdf
Call En Yusri tu direct, dia sangat menggalakkan orang Melayu kita masuk!